fb fb fb fb fb

Muat naik video lucah: Penuntut universiti didenda RM10,000

Penuntut universiti didenda RM10,000, muat naik video lucah di akaun X

KUALA LUMPUR, 25 September - Seorang penuntut universiti awam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk video lucah menerusi akaun X miliknya, tahun lepas.

Hakim Suhaila Haron menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Aidil Akmal Azhar, 24, selaku orang kena saman (OKS) dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dihukum penjara empat bulan.

OKS berkenaan membayar denda itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun "@sanomanji89", di sebuah kediaman di Shah Alam, Selangor pada 10.45 malam 1 Mac 2024.

Hantaran tersebut dilihat di sebuah kondominium di sini pada 11 pagi 4 April tahun sama Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

OKS dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Selain, boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

AHMAD ASHRAF BIN AB RAHMAN