fb fb fb fb fb

Kes buli IKBN Miri: Pelajar terlibat diperintah jalani kaunseling

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata

KUCHING, 25 September - Polis menyifatkan gurauan berbentuk buli yang tular di Institut Kemahiran Belia Negara, IKBN Miri, Sarawak sebagai melampau dan tidak boleh dipandang ringan.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, walaupun kes ditarik balik oleh ibu bapa mangsa, namun pihaknya sudah memanggil semua pihak terlibat bagi memastikan ia tidak berulang.

Jelasnya polis perlu memberi penekanan dalam isu tersebut kerana tidak mahu ia dianggap sebagai perkara biasa dalam kalangan pelajar.

"Walaupun dianggap bermain tapi orang melihat itu amat serius buli berlaku orang dah tengok walaupun secara kasar buli jugak, " katanya.

Datuk Mancha menjelaskan perkara itu kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di Kuching.

Isu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang telah menubuhkan satu jawatankuasa khas berhubung insiden itu.

Kesemua pelajar yang terlibat turut diarah menjalani sesi kaunseling.

Bagaimanapun polis bersedia membuka semula kertas siasatan sekiranya terdapat unsur jenayah buli.

AHMAD ASHRAF BIN AB RAHMAN