fb fb fb fb fb

Polis Marin P. Pinang berjaya rampas rokok seludup bernilai RM877,800

Polis Marin P. Pinang berjaya rampas rokok seludup bernilai RM877,800

GEORGE TOWN, 9 Februari- Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang berjaya merampas 840,000 batang rokok dalam 84 kotak yang berisi 4200 karton rokok seludup di sebuah premis sekitar George Town.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, ACP Rusley Chi Ari berkata, nilai keseluruhan rampasan menerusi Op Taring Landai/ Kontraband itu adalah sebanyak RM877,800.

Menerusi kenyataan, beliau memaklumkan hasil siasatan daripada operasi itu telah mengesan sebuah premis dijadikan tempat simpanan rokok tidak bercukai.

Bagaimanapun, tiada individu berada di dalam premis berkenaan sebelum serbuan dilakukan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

ROSLINA BINTI DIN