fb fb fb fb fb

Didakwa lakukan pemerasan, 5 anggota polis MPV mengaku tidak bersalah

Foto hiasan

BUKIT MERTAJAM, 9 Februari- Lima anggota unit kereta peronda (MPV) polis didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang pekerja kilang, minggu lalu.

Bagaimanapun, kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada lelaki berusia 28 tahun.

Mangsa dikatakan telah melakukan kesalahan kerana memiliki dadah berbahaya sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM4,500.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman tersebut.
 
Mahkamah  menetapkan kesemua tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 15 Mac ini untuk sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.

ROSLINA BINTI DIN