fb fb fb fb fb

Polis Johor tahan 37 pemandu mabuk

FOTO HIASAN

JOHOR BAHRU, 17 Jun- Seramai 37 individu ditahan polis di Johor, dalam tempoh semalam hingga hari ini, kerana memandu dengan kadar alkohol dalam badan, melebihi paras dibenarkan.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, kesemua individu berumur 18 hingga 60 tahun, ditahan menerusi Operasi Khas Mabuk, yang dijalankan secara serentak seluruh negeri.

Polis memeriksa 1,204 individu, dan 1,056 kenderaan dalam operasi tersebut, selain mengeluarkan 532 saman atas pelbagai kesalahan.

Turut ditahan seorang lelaki berumur 41 tahun kerana memandu secara melulu, selain dua wanita warga Thailand kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE