fb fb fb fb fb

Dua lelaki bergaduh di pusat hiburan, seorang maut

Pasukan polis menjalankan siasatan di sebuah pusat hiburan di Kota Kinabalu, Sabah melibatkan satu pergaduhan sehingga menyebabkan kematian semalam

KOTA KINABALU, 16 Jun- Seorang individu maut dan seorang lagi cedera dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bandaran Berjaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Penolong Pesuruhjaya Polis Kasim Muda, Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.00 pagi daripada pekerja pusat hiburan itu sebelum bergerak ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, polis mendapati insiden berkenaan melibatkan dua lelaki warga Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun.

"Kita syak (pergaduhan) ini ada unsur-unsur dendam. Ada dua CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan belakang permis.

"Kita ada suspek tetapi tak dapat nak skopkan atau kecilkan suspek itu lagi," katanya ketika ditemui pemberita pada pelancaran Rondaan Bermotosikal Amanita Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Kasim berkata, kedua-dua mangsa yang merupakan pembantu kapal mempunyai dokumen perjalanan sah.

Setakat ini, kes tersebut masih dalam siasatan dan belum ada tangkapan dilakukan.

SITI AISHAH MD ISA