fb fb fb fb fb

Polis Johor lupus barangan kes bernilai RM114,500

Foto Polis

KLUANG, 28 Disember - Barangan kes bernilai RM114,500 yang dirampas daripada kegiatan jenayah sepanjang tahun 2015 hingga 2018 dilupuskan menggunakan cara pembakaran di sebuah kilang kelapa sawit, di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kesemua barangan kes yang dilupuskan itu dilakukan selepas mendapat kelulusan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) kerana sabitan jenayah sudah selesai pendakwaan di Mahkamah.

"Antara barangan rampasan dilupuskan adalah 21,573 karton rokok putih pelbagai jenama dengan nilai anggaran sebanyak RM107,865 ringgit dan 294 tin arak pelbagai jenama bernilai RM1,470.

"Turut dibakar rampasan elektonik melibatkan 33 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 220 buah komputer riba dan 42 buah pencetak mudah alih dengan anggaran keseluruhan sebanyak  RM114,500 termasuk rokok putih dan arak," kata Bahrin, di sini.

Proses pelupusan barangan rampasan seperti itu akan terus dilakukan dari semasa ke semasa selepas menerima kebenaran daripada pihak terbabit.

Pihak polis menggunakan dua buah lori untuk mengangkut barang-barang kes daripada stor simpanan barang-barang rampasan ke kilang kelapa sawit, Taman Kluang Barat, di sini.  

TETITIA YUSOFF