fb fb fb fb fb

Polis Johor bongkar tiga makmal dadah, rampas dadah bernilai RM12.95 juta

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar (tengah) menunjukkan gambar suspek yang ditahan berhubung pembongkaran tiga makmal dadah dan sebuah kilang melalui lima serbuan sekitar Iskandar Puteri dan Seri Alam, Johor di sini pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI, 18 Mac - Polis Johor berjaya membongkar tiga makmal dadah dan sebuah kilang digunakan sindiket dadah antarabangsa dalam operasi khas di sini, awal bulan ini melibatkan rampasan dadah bernilai RM12.95 juta.

Menerusi lima serbuan dijalankan bermula 6 hingga  11 Mac lalu, tujuh lelaki termasuk dua warga Taiwan berumur 25 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Johor Datuk M.Kumar berkata, sindiket dipercayai aktif sejak Julai tahun lalu menjadikan kediaman berpagar dan berpengawal sebagai makmal proses dadah dan sebuah kilang digunakan stor bahan pembuatan dadah.

"Hasil pembongkaran makmal-makmal tersebut pihak polis telah berjaya merampas bahan-bahan yang disyaki dadah iaitu 42.5 kilogran (kg) 'methylenedioxymethamphetamine' (MDMA), 192.8kg bahan disyaki syahbu jumlah rampasan RM12.947.100.

"Sekiranya jumlah ini terlepas ke pasaran boleh digunakan lebih kurang satu juta penagi, dalam tangkapan itu terdapat tiga ahli kimia. Maksud ahli kimia bukan ahli kimia yang ditauliahkan universiti ini ahli kimia yang belajar sendiri," kata M.Kumar.

Turut dirampas ialah peralatan memproses dadah, pelbagai barangan kemas dan empat buah kenderaan.

Kesemua suspek direman hingga Khamis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

TETITIA YUSOFF