fb fb fb fb fb

Bunuh isteri dan anak, reman disambung - polis

Polis dapatkan sambungan tahanan reman selama tujuh hari hingga 2 September depan terhadap suspek lelaki kes pembunuhan isteri dan dua orang anaknya

ALOR SETAR, 26 Ogos- Polis telah mendapatkan sambungan tahanan reman selama tujuh hari hingga 2 September depan terhadap suspek lelaki kes pembunuhan isteri dan dua orang anaknya pada 18 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner (ACP) Siti Nor Salawati Saad dalam satu kenyataan memaklumkan proses sambung reman ke atas suspek dibuat apabila tempoh reman selama tujuh hari tamat pada hari ini.

"Sebelum ini polis mengesahkan tiga beranak yang dibunuh dan ditemukan di dua lokasi berasingan di daerah Kota Setar pada 19 dan dan 20 Ogos lalu dipercayai mati akibat dikelar pada bahagian leher.

"Mayat dua beranak iaitu wanita berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia 10 tahun merupakan etnik Rohingya ditemukan dalam longkang di belakang bangunan terbiar berhampiran Pekan Simpang Kuala," katanya.

Sehari kemudian, mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan di kawasan Pantai Leman, Kuala Kedah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI