fb fb fb fb fb

Enam kilogram syabu bernilai RM300,000 dikesan di pantai Pulau Konet

Foto Maritim Malaysia

MELAKA, 25 Ogos - Enam kilogram (kg) dadah jenis syabu yang dibungkus dengan pembalut teh cina dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di pantai Pulau Konet, Telok Gong di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, bungkusan dadah itu dianggarkan bernilai RM300,000 .

"Menyedari kehadiran pihak Maritim Malaysia suspek cuba memecut laju ke kawasan cetek untuk melarikan diri.

"Ekoran cuaca gelap dan air semakin surut kami meminta bantuan pasukan operasi darat ke lokasi kejadian," menurut Mohd Khairi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua dadah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Mohd Khairi berkata agensi itu sentiasa melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan undang-undang agar perairan negara selamat daripada sebarang aktiviti yang menggugat kedaulatan negara.

Sebarang maklumat salah laku di laut boleh laporkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam.

TETITIA YUSOFF