fb fb fb fb fb

61 PTI ditahan pelbagai kesalahan

Foto hiasan

TAWAU, 25 Ogos- Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah menahan seramai 61 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan di daerah Semporna, semalam.

Operasi yang dilakukan hasil aduan awam itu bermula pada pukul 7.45 pagi dan berakhir pukul 3.00 petang melibatkan 14 orang pegawai JIM Kota Kinabalu.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, PTI ditahan terdiri daripada 36 warga China dan 25 warga Filipina, lelaki berumur antara 19 hingga 64 tahun.

"Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen iaitu tidak memiliki sebarang dokumen yang sah, kedua Seksyen 15 (1)(C) tinggal lebih masa bawah akta imigresen dan terakhir Peraturan 39B menyalahgunakan pas," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Pihaknya juga sedang mengesan majikan dan pemilik premis yang terlibat untuk disiasat bawah Seksen 55B Akta Imigresen iaitu mengambil pekerja yang tidak memiliki pas yang sah, Seksyen 55E Akta Imigresen membenarkan PATI berada dalam premis dan Seksen 56(1)(D) Akta Imigresen melindungi imigran haram.

Dalam pada itu seramai 95 orang telah diperiksa dalam operasi yang dijalankan di dua lokasi tapak pembinaan di Semporna itu iaitu Tapak Pembinaan Resort di Pulau Mataking dan Tapak Pembinaan Resort atas air di perairan Pulau Bum-Bum Semporna.

Pada masa sama beliau mengingatkan majikan supaya mematuhi prosedur Akta Imigresen untuk memastikan semua pekerja mempunyai pas yang sah untuk bekerja di premis dan syarikat mereka.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI