fb fb fb fb fb

Bawa masuk warga asing,wanita Myanmar ditahan

Foto SPRM

PUTRAJAYA, 26 Ogos-Seorang wanita warga Myanmar ditahan SPRM kerana dipercayai terlibat sindiket yang membawa masuk warga asing ke negara ini tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa.

Wanita berusia 50-an itu ditahan pukul 12 tengah malam semalam (Ahad) di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Wanita berkenaan direman empat hari bermula hari ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Ia susulan penahanan 11 individu termasuk empat penguat kuasa yang berkhidmat di terminal dua KLIA menerusi Op Pump di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan.

SPRM turut menyita satu unit telefon bimbit.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD