fb fb fb fb fb

Polis buru penjenayah lari tahanan sah

Foto hiasan

TANGKAK, 16 Januari- Polis sedang memburu seorang penjenayah dikehendaki yang melarikan diri dari tahanan sah, pukul 1.30 tengah hari semalam. 

Ketua Polis Daerah Tangkak, Penguasa Polis Roslan Mohd Talib berkata, tahanan lelaki berumur 38 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Penjenayah terbabit, Mohd Saifulnizam Zakaria dengan alamat terakhir di No. 122, Kampung Padang Lalang, Tangkak, badan size kecil, kurus dan berkulit gelap dengan tinggi lebih kurang 170 sentimeter.

"Susulan itu polis melancarkan Op Tutup melibatkan semua elemen termasuk unit anjing pengesan K9 di semua pintu keluar masuk daerah ini serta polis yang bersempadan," katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan dilakukan mengikut peruntukan kesalahan Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengenali suspek boleh menyalurkan segera kepada Pegawai Penyiasat kes, Penolong Penguasa Polis (ASP) Sharidathul Aflaha Ismail, 019-2699573.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI