fb fb fb fb fb

PGA tumpaskan tiga kes ketum bernilai RM40,000

FOTO FB Briged Tenggara PGA Rasmi

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Tiga rampasan melibatkan air dan daun ketum berjaya dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam siri Op Taring Wawasan dan Op Taring Mitra di Kelantan dan Pahang, melibatkan nilai rampasan keseluruhan mencecah lebih RM 40,000.

Briged Tenggara PGA Rasmi menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, di Rantau Panjang, Batalion 9 PGA menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan pengkalan haram Gergaji sekitar pukul 4 petang semalam, dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

"Pemeriksaan ke atas suspek berusia 21 tahun menemukan enam botol cecair disyaki air ketum dalam beg galas yang dibawanya. Suspek turut didapati positif dadah jenis ketamin dan telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut," menurut hantaran tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

0407 JNY PGA KETUM23FOTO FB Briged Tenggara PGA Rasmi

Sementara itu, dalam operasi berasingan di laluan masuk ICQS Rantau Panjang, pasukan sama menahan sebuah kenderaan yang dipandu lelaki berusia 28 tahun dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10 malam, 3 Julai lalu.

Hasil pemeriksaan menemukan dua botol air ketum serta satu kilogram daun ketum di dalam bonet kenderaan suspek. Nilai rampasan termasuk kenderaan dianggarkan RM 5,076.00. Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

0407 JNY PGA KETUMFOTO FB Briged Tenggara PGA Rasmi

Di Jengka, Pahang, Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA pula menyerbu dua lokasi di pasar borong dan ladang kelapa sawit di Bandar Tun Abdul Razak, dalam Op Taring Mitra pada 2 Julai lalu.

Serbuan pukul 1.30 petang itu menemukan sebanyak 290 botol air ketum dengan anggaran 435 liter serta beberapa peralatan untuk memproses air ketum. Suspek, lelaki berusia 49 tahun, ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Nilai rampasan dianggarkan RM 35,700.00.

Semua kes diserahkan kepada jabatan berkaitan untuk siasatan dan tindakan susulan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE