fb fb fb fb fb

PGA Sarawak rampas barangan seludup RM3.7 juta, tahan 33 individu

FOTO PGA SARAWAK

KUCHING, 12 November - Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) mencatat kejayaan rampasan barangan seludup bernilai RM3.7 juta menerusi tujuh siri operasi yang dijalankan di seluruh negeri antara 27 Oktober hingga 11 November lalu.

Komander Briged Sarawak PGA, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis SAC Lim Bak Phai, berkata barangan yang dirampas merangkumi rokok, minuman keras, sosej sejuk beku, mercun, beras serta tong gas petroleum cecair (LPG) dalam beberapa serbuan di lokasi berbeza.

“Rampasan terbesar membabitkan 28 karton mercun, 3,374 karton rokok dan 10,716.36 liter minuman keras pelbagai jenis dalam Op Taring Alpha yang dijalankan serentak di seluruh negeri.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk tiga kenderaan yang disita dianggarkan berjumlah RM1.86 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang operasi itu, 33 individu termasuk tiga warga asing berusia antara 22 hingga 74 tahun ditahan, selain lapan kenderaan pelbagai jenis turut disita bagi membantu siasatan.

1211 SWK PGA RAMPAS TAHAN12FOTO PGA SARAWAK

 

1211 SWK PGA RAMPAS TAHAN123FOTO PGA SARAWAK

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE