fb fb fb fb fb

PGA rampas 2,050 kilogram beras seludup di Pasir Mas

PGA Batalion 9 merampas puluhan guni beras yang cuba diseludup ke negara jiran/Foto PGA Facebook

PASIR MAS, 23 September – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 merampas 2,050 kilogram beras putih seludup bernilai RM8,200 dalam Op Taring Wawasan di Pengkalan Haram Mat Yeh, di sini, petang Ahad

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kegiatan itu dikesan ketika rondaan pukul 7 malam apabila beberapa lelaki dilihat memindahkan guni beras dari perahu ke tebing sungai.

“Semua suspek bertindak melarikan diri menaiki perahu ke Thailand selepas menyedari kehadiran pihak polis.

"Pemeriksaan lanjut mendapati beras berkenaan disyaki dibawa masuk dari Thailand untuk dipasarkan secara haram di negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, rampasan berkenaan diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Kelantan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Kawalan Padi dan Beras Negara 1994,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN