fb fb fb fb fb

Lelaki ditahan cubaan seludup 360 liter petrol ke Thailand

18 tong jerikin berisi minyak petrol yang disorok dalam sebuah kenderaan/Foto Facebook PGA

JERAM PERDAH, 23 September – Cubaan seludup minyak petrol bersubsidi ke Thailand gagal apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 merampas 360 liter bahan api dalam Op Taring Wawasan di Kampung Tersang, pada Ahad.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis menemukan 18 tong jerikin berisi minyak petrol yang disorok dalam sebuah kenderaan.

"Suspek lelaki tempatan berusia 55 tahun dipercayai cuba menyeludup petrol tersebut ke negara jiran sebelum ditahan untuk siasatan lanjut," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM758 dan kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pasir Mas.

β€œKes ini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN