fb fb fb fb fb

PGA gagalkan cubaan seludup 100 kepala kambing beku

Cubaan seludup 100 kepala kambing beku dari Thailand gagal/Foto PGA

TUMPAT, 13 Julai – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya mematahkan cubaan menyeludup 100 kepala kambing beku yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand di Sekat Pintas Pos Simpangan, pagi semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, rampasan terhadap sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa guni yang mengandungi 100 kepala kambing beku dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM5,000 di bahagian belakang kenderaan terbabit.

"Barang tersebut dipercayai dibawa masuk secara haram melalui pangkalan haram untuk dipasarkan di pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

GRACE AISYAH KEDAYAN