fb fb fb fb fb

Petani mengaku tidak bersalah rogol anak tiri

(Seorang petani (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya minggu lalu)

KUALA KANGSAR, 12 Oktober- Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas merogol anak tirinya di sebuah pondok dalam kawasan kebun di Gerik pada minggu lalu.

Tertuduh Mohd Faizal Yunus, 41 tahun mengangguk faham dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, agama, adat dan kebiasaan yang terpakai untuk berkahwin.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pondok dalam kawasan kebun di Gerik pada pukul 3 petang, 3 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang mana boleh dikenakan penjara maksimum 30 tahun dan 10 kali sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh mengambil kira mangsa merupakan anak tirinya dan lelaki itu juga masih pasangan suami isteri yang sah dengan ibu kanak-kanak tersebut.

“Tiada jaminan ditawarkan kerana bimbang berlaku kacau ganggu terhadap mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya.

Mahkamah menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan lantikan peguam.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu