fb fb fb fb fb

Perselisihan faham punca pekerja bunuh majikan

Kejadian berpunca akibat perselisihan faham mengenai masalah kewangan antara mangsa dan suspek yang berusia 54 tahun.

IPOH, 4 Januari - Seorang pekerja kedai aksesori telefon bimbit ditahan kerana dipercayai menikam majikannya sehingga mati dalam kejadian di Taman Rasa Jaya, Menglembu, di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejadian berpunca akibat perselisihan faham mengenai masalah kewangan antara mangsa dan suspek yang berusia 54 tahun.

"Seorang lagi mangsa yang merupakan teman lelakinya cedera dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan tahanan reman," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Mohd Yusri, hasil semakan polis mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN