fb fb fb fb fb

Empat wanita warga asing berkelakuan tidak bermoral ditahan

Foto Jabatan Imigresen Johor

MERSING, 5 Januari - Jabatan Imigresen Johor menahan empat wanita warga asing yang dipercayai melakukan perbuatan tidak bermoral dalam satu Operasi Gegar di sebuah Pusat Refleksologi, Endau, di sini kira-kira pukul 9.10 malam tadi.

Pengarahnya Baharuddin Tahir dalam satu kenyataan berkata, wanita warga Indonesia dan Thailand yang ditahan itu masing-masing berusia antara 27 hingga 34 tahun.

"Turut dirampas pelbagai peralatan yang digunakan bagi tujuan itu , dua botol minyak urut dan buku rekod pelanggan," katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan. 

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada pendatang asing dan majikan yang melanggar undang-undang.

TETITIA YUSOFF