KUALA TERENGGANU, 27 Jun- Keselamatan dan kesejahteraan pelajar bergantung kepada pengurusan sekolah bagi menangani isu-isu berkaitan displin, termasuk kes buli.
Perunding Motivasi Fadzli Aziz berkata, sekolah dan ibu bapa perlu bekerjasama menyediakan mekanisme terbaik bagi memudahkan pelajar menyalurkan aduan.
Terutama membabitkan pengaruh negatif rakan sebaya yang sering menjadi punca kepada tingkah laku membuli. Ibu bapa disaran memberi kerjasama penuh sekiranya terdapat aduan berkaitan kes seumpama itu dilaporkan.
"Maksudnya, kalau ada sekolah ada buat aduan, ajak kita sebagai ibu bapa datang untuk melihat tentang isu-isu berkaitan dengan ibu bapa dan sebagainya, bermakna, beri kerjasama betul. Kita cari solusi. Bukan nak salahkan sesiapa. Sebab perkara ini mesti ditegah daripada sewaktu mereka ni terlalu besar," katanya ketika menghadiri Karnival Sunnah Zon Timur RTM di Kuala Terengganu.
Mengulas mengenai kes buli pelajar sekolah yang dilaporkan semakin meningkat, beliau menekankan kepentingan campur tangan awal semua pihak agar masalah tidak berlarutan hingga ke peringkat lebih serius.