LABUAN, 26 Mei - Seorang lelaki berusia 40 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Labuan hari ini atas pertuduhan menampar seorang pemandu wanita di tepi Jalan Tun Mustapha, pada 21 Mac lalu.
Tertuduh yang merupakan penjawat awam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad.
Menurut Pegawai Pendakwa Kes ASP Francisca Duliat, kejadian dikatakan berpunca pemanduan melulu tertuduh yang membahayakan pengguna jalan raya lain.
Mangsa mendakwa terpaksa menekan brek secara mengejut.
Pertengkaran berlaku dan tertuduh bertindak menampar pipi kiri pemandu wanita berusia 28 tahun itu.
Kejadian tular di media sosial dan laporan polis dibuat pada 22 Mac.
Pertuduhan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak seribu ringgit serta dua penjamin tempatan.
Kes akan disebut semula kes pada 9 Jun depan.