ALOR SETAR, 17 Januari - Seorang penjawat awam didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melindungi seorang warga negara Thailand yang tinggal lebih masa, selama tujuh tahun.
Tertuduh, lelaki yang berusia 53 tahun itu membuat pengakuaan di Mahkamah Sesyen Alor Setar. Kesalahan adalah mengikut Seksyen 55 E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.
Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah dalam kenyataan berkata, kes berkenaan memberi peringatan kepada orang awam bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mereka yang melindungi pendatang asing tanpa izin.