KUCHING, 21 Ogos - Seorang pengurus syarikat swasta rugi RM120,000 selepas terpedaya dengan iklan penjualan kereta dalam talian.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam kenyataan memaklumkan, mangsa melayari media sosial dan tertarik dengan iklan jualan kereta dalam talian menerusi satu pautan.
Jelasnya, mangsa disambungkan kepada lelaki tidak dikenali melalui aplikasi sembang.
"Mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun bank yang diberi suspek.
"Mangsa sedar ditipu apabila suspek masih memintanya membuat pembayaran bagi meneruskan proses pembelian kereta," katanya.
Mangsa berusia 40-an membuat laporan berhubung perkara itu awal bulan ini.
Ujar beliau, hingga laporan dibuat, mangsa masih belum menerima kereta tersebut.