fb fb fb fb fb

Pengurus kedai borong rugi lebih RM80,000 jadi mangsa pelaburan tidak wujud

FOTO HIASAN

KUALA TERENGGANU, 17 Disember- Gara gara ingin meraih keuntungan pelaburan sehingga 400 peratus seorang pengurus kedai borong  kerugian RM81,050 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Mangsa, lelaki berumur 46 tahun itu ditipu dengan tawaran pelaburan saham Pincore.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku 27 April lalu apabila pengadu telah dihubungi individu bernama  Lily yang telah menawarkan satu pelaburan saham dengan keuntungan sehingga 400 peratus.

Pengadu juga telah dimasukkan ke dalam satu kumpulan sembang Whatsapp bagi tatacara pembelajaran serta analisa dalam talian.

Berminat dengan tawaran keuntungan berkenaan mangsa telah membuat lapan pindahan wang secara dalam talian bermula 1 Mei sehingga 22 Mei ke akaun syarikat berkenaan. 

Setelah pengadu cuba mendapatkan pulangan pelaburan yang dibuat, pelbagai alasan telah diberikan sehingga menyebabkan pengadu berasa tertipu dan mengesyaki bahawa pelaburan itu tidak wujud. 

Pengadu juga telah disekat daripada kumpulan sembang berkenaan dan tidak lagi dapat berhubung dengan kumpulan pelaburan. 

Berasa ditipu pengadu pengadu telah tampil membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE