fb fb fb fb fb

Pengerusi NGO direman tujuh hari, disyaki seleweng dana sejak 2015

Pengerusi NGO direman tujuh hari, disyaki seleweng dana sejak 2015 / Foto SPRM

MELAKA, 13 Jun – Seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) direman selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana milik NGO berkenaan.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Sivashangari Nagalingam di Mahkamah Majistret 1, Kompleks Mahkamah Melaka, pagi tadi.

Tempoh reman bermula hari ini sehingga 19 Jun 2025 bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan SPRM, suspek ditahan sekitar pukul 6.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka.

SPRM dalam kenyataan sama turut memaklumkan sebelum ini, empat individu lain telah ditahan reman kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan dana NGO yang sama.

Hasil siasatan ke atas mereka membawa kepada penahanan pengerusi NGO terbabit yang dipercayai bersubahat dengan kesemua suspek berkenaan.

Perbuatan penyelewengan itu dipercayai berlaku dalam tempoh sepuluh tahun, bermula dari tahun 2015 hingga 2025.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menyalah guna jawatan bagi mendapatkan suapan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN