fb fb fb fb fb

Pengawal keselamatan ditahan, disyaki terlibat pecah masuk bengkel sekolah

Foto hiasan

ISKANDAR PUTERI, 13 Julai -Polis menahan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di sini, pada Jumaat lalu kerana dipercayai terlibat kes pecah masuk bengkel di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisionar M. Kumarasan berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita, berhubung kes itu, serta kehilangan jam tangan miliknya.

"Semakan mendapati suspek berumur 42 tahun itu, mempunyai dua rekod jenayah lampau," menurut M. Kumarasan dalam satu kenyataan.

Menerusi tangkapan itum polis turut menemui tiga utas jam tangan bernilai RM300.

Suspek direman hingga 16 Julai untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

TETITIA YUSOFF