fb fb fb fb fb

Op Samseng Jalanan: 9 remaja ditahan, 75 motosikal disita

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu. - Foto Bernama

KUCHING, 12 Julai - Sembilan remaja lelaki tempatan berusia antara 15 hingga 20 tahun ditahan polis Kuching atas pelbagai kesalahan jalan raya, bermula Januari hingga 11 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, semua tangkapan dibuat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 75 motosikal disita mengikut Seksyen 60 akta yang sama kerana tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Sepanjang operasi samseng jalanan yang dijalankan, polis memeriksa 948 individu dan 746 motosikal serta mengeluarkan 1,230 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Dalam operasi berasingan di sekitar Jalan Astana, tujuh individu ditahan dan 63 motosikal disita di bawah Seksyen 42(1), manakala 1,161 saman turut dikeluarkan.

Beliau menegaskan pihaknya memandang serius kegiatan samseng jalanan dan mat rempit yang menjadikan lokasi tertentu sebagai tempat berkumpul dan melakukan aksi berbahaya.

TUN JULIA MOHD TAHIR