fb fb fb fb fb

Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah perdaya warga asing

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 12 Ogos - Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdaya empat warga asing untuk melakukan pelaburan dalam sebuah syarikat, 11 tahun lepas.

Tertuduh Chong Kok Ming, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail.

Dia bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa memperdaya mangsa dengan mendakwa mereka akan didaftarkan sebagai pemegang saham sebuah syarikat, serta menerima dividen setiap tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Taman Makmur pada 15 Oktober 2014.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Chan Lee Lee, manakala tertuduh diwakili peguam, K. Veeranesh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000.

Kes akan disebut semula pada 17 September depan untuk serahan dokumen.

MASNIZA AWANG KECHIK