fb fb fb fb fb

Cubaan seludup rokok lebih RM13 juta gagal

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Datuk Kahar pada sidang media di IPD Sepang.

PUTRAJAYA, 11 Ogos - Cubaan menyeludup rokok tidak bercukai bernilai lebih RM13 juta berjaya dipatahkan, selepas polis menahan dua lelaki tempatan bersama sebuah lori di Plaza Tol MEX Putrajaya, 3 Ogos lalu.

Operasi dijalankan Bahagian Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Datuk Kahar berkata, pemeriksaan ke atas lori terbabit menemui 566 master case rokok tidak sah pelbagai jenama, dengan nilai rampasan dianggarkan lebih RM13,451,000.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya pada sidang media di IPD Sepang, petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang pada 7 Ogos lalu untuk pertuduhan di bawah seksyen sama.

TUN JULIA MOHD TAHIR