fb fb fb fb fb

Penganggur mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual fizikal

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 14 November - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan, melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak lelaki, sembilan tahun, di Pontian, 8 November lalu.

Tertuduh, Hishamudin Kumaran Abdullah, 54 tahun, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Nor Azati Jaafar.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu, dengan cara menyentuh kemaluan kanak-kanak tersebut di sebuah surau di Taman Hidayat, Pekan Nenas.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin, dan hakim menetapkan 16 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin, mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Manakala tertuduh, tidak diwakili peguam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI