fb fb fb fb fb

162 individu dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan imigresen

Foto hiasan

PONTIAN, 14 November - Seramai 145 warga asing manakala 17 lagi individu termasuk dua majikan masing-masing merupakan warga tempatan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pelbagai kesalahan berkaitan imigresen, semalam.

Kes dituduh di hadapan Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin, melibatkan pertuduhan masuk tanpa pas sah, tinggal lebih masa, membenarkan imigran haram tinggal di premis, serta kesalahan masuk semula selepas disingkirkan. 

Kesemua mereka turut dituduh gagal mengemukakan pasport dan perbuatan menghalang tugas penjawat awam.

Daripada jumlah itu, 142 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama dua majikan dan 15 warganegara mengaku bersalah. 

Seorang PATI mengaku tidak bersalah manakala dua lagi menunggu jurubahasa dengan sebutan semula kes pada 27 November depan. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat hingga lima bulan berserta denda antara RM1,500 hingga RM50,000 mengikut kesalahan masing-masing.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI