PONTIAN, 4 Jun - Seorang penganggur berdepan empat pertuduhan mengedar dan memiliki dadah 6.4 kilogram (kg) di Mahkamah Majistret Pontian.
Tertuduh, Lau Keat Lim, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arina Azmin Ahmad Marzuki.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis MDMA seberat 6.4 kilogram di Taman Mutiara, Pontian, pada 21 Mei lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tertuduh turut didakwa memiliki lebih 21 gram dadah jenis methamphetamine dan 5.66 gram ketamin pada hari yang sama.
Bagi pertuduhan memiliki dadah, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Sahira Rosley.
Mahkamah menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.