fb fb fb fb fb

Penempatan warga asing digempur, lapan ditahan

Lapan warga Filipina ditahan Imigresen Labuan dalam satu operasi semalam.

LABUAN, 15 Jun - Jabatan Imigresen Labuan menahan lapan warga Filipina dalam operasi di tiga lokasi penempatan warga asing, semalam.

Pengarahnya Raymond Entalai berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki, tiga wanita, dua kanak-kanak lelai dan seorang kanak-kanak perempuan.

Menurutnya, dalam operasi bermula 1.30 pagi hingga 4.00 pagi itu, 54 warga asing dan tempatan diperiksa.

"Kesemua ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk tindakan lanjut," katanya.

Jabatan Imigresen Labuan mengulangi komitmen bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang termasuk mereka yang menggaji dan melindungi pendatang tanpa izin.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN