fb fb fb fb fb

Ketua Polis Johor nafi video tular terima bantuan 'Datuk'

JOHOR BAHRU, 15 Jun - Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar menafikan sebuah video tular memaparkan seorang individu didakwa menyerupainya menerima bantuan daripada individu berstatus 'Datuk'.

Menerusi satu kenyataan, Datuk M. Kumar memaklumkan, video tersebut adalah tidak benar dan dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai Unit Media Poli Johor bagi menafikan kesahihan video tersebut.

Siasatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 419 serta 420/511 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis Johor memandang serius penyalahgunaan teknologi seperti AI bagi tujuan penipuan atau fitnah.

Tindakan itu boleh mencemarkan nama baik mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu terlibat.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN