fb fb fb fb fb

Pendatang tanpa izin ditahan di sempadan Malaysia -Thailand

(FOTO ATM)

KUALA NERANG, 31 Disember- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan seorang lelaki warga Thailand kerana memasuki sempadan Malaysia-Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), lelaki berusia 31 tahun itu yang menunggang motosikal berpendaftaran Thailand dalam keadaan mencurigakan, kelihatan seperti orang awam.

"Namun hasil risikan, lelaki terbabit didapati memasuki negara melalui kawasan hutan di sektor penugasan pasukan Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

"Susulan penahanan itu polis merampas motosikal terbabit, beg galas pakaian dan lampu suluh dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2,000," menurut kenyataan itu.

Pendatang tanpa izin itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap untuk tindakan lanjut.

(Pendatang tanpa izin ditahan di sempadan Malaysia-Thailand/ATM)

Media Baharu