fb fb fb fb fb

Lapan lelaki ditahan, polis rampas lebih 3kg dadah

NIBONG TEBAL, 30 DISEMBER- Sindiket pengedaran dadah tumpas selepas penahanan lapan lelaki warga tempatan.

Suspek disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berjaya diberkas polis dalam lima serbuan berasingan di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, George Town dan Seberang Perai Tengah.

Polis turut merampas lebih tiga kilogram dadah jenis heroin bernilai RM35,000.00

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Lee Chong Chern berkata sindiket tersebut dipercayai telah bergiat aktif sejak pertengahan tahun ini.

Turut disita tiga buah motosikal bernilai RM21,800.00.


(Polis menunjukkan dadah yang dirampas)

Kesemua suspek yang ditahan berusia 19 hingga 50 tahun.

"Tangkapan pertama merupakan tiga Melayu, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah. Menerusi soal siasat membawa kepada rampasan dadah pertama di Batu Kawan seberat 2.305 gram. Dari tangkapan itu, kita buat follow up, dapat menangkap dua lelaki Melayu, satu di Bukit Tambun, satu di Seberang Perai Tengah dan membawa ke empat di Timur Laut, kita berjaya merampas dua bungkusan heroin dengan anggaran berat 910 gram", katanya.

Jelasnya, dadah berkenaan dipercayai mampu menampung sehingga 16,075 penagih dadah.

Kesemua suspek yang ditangkap mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati sekiranya sabit kesalahan.

Media Baharu