fb fb fb fb fb

Dua kapal tangki ditahan, lakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran

(Kapal yang disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak)

LABUAN, 30 Disember- Dua kapal tangki yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan awal pagi tadi.

Pengarahnya, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata rondaan yang dilakukan sekitar pukul 3.00 pagi mendapati dua kapal berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika pemeriksaan dilakukan mendapati kapal-kapal berkenaan sedang giat melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram.


(Pengarah APMM, Zon Maritim Labuan,
Kapten Maritim Nudin Jusoh)

Kedua-dua kapal tersebut juga tidak mempunyai dokumen kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia untuk aktiviti pemindahan minyak.

Jelas beliau lokasi tersebut merupakan kawasan yang tidak digazetkan sebagai kawasan aktiviti pemindahan antara kapal (STS).

Susulan itu, kapal serta lapan kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Media Baharu