fb fb fb fb fb

Pemandu wanita lawan arus di Segamat ditahan

Tangkap layar video tular berdurasi 18 saat, menunjukkan sebuah kereta berwarna biru dipandu secara berbahaya dan melawan arus

SEGAMAT, 26 April- Seorang wanita ditahan oleh polis untuk membantu siasatan selepas memandu secara melawan arus dan dengan cara yang melulu, membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Hassan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Penguasa Polis (SUPT) Ahmad Zamry Marinsah, menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian tersebut dikesan melalui rakaman video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial, menunjukkan sebuah kereta berwarna biru dipandu secara berbahaya.

"Hasil saringan air kencing mendapati wanita berusia 40-an itu negatif daripada sebarang dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Wanita tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE