KLUANG, 26 April- Dua individu, termasuk seorang wanita, ditahan di Ladang Sungai Kluang, Jalan Padang Tembak, Kluang, sekitar pukul 1 pagi semalam dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah kedai dan surau di kawasan sekitar.
Ketua Polis Daerah Kluang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Bahrin Mohd Noh berkata, penahanan susulan gambar suspek lelaki yang tular di media sosial pada hari yang sama.
Hasil semakan mendapati, suspek lelaki mempunyai enam rekod jenayah dan tiga rekod narkotik, manakala suspek wanita turut mempunyai rekod berkaitan jenayah dadah.
Ujian air kencing mengesahkan kedua-duanya positif methamphetamine.
Mereka yang berusia antara 21 hingga 22 tahun kini direman tujuh hari hingga 1 Mei bagi membantu siasatan lanjut termasuk kemungkinan penglibatan dalam kes lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.