fb fb fb fb fb

Pemandu van positif ganja ditahan dalam Op Bersepadu JPJ, Polis

ARAU, 28 Jun- Seorang pemandu van kilang ditahan selepas disahkan positif ganja.

Penahanan menerusi Op Bersepadu dilaksana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Perlis.

Turut dikeluarkan, tujuh notis saman JPJ (P) 22 dan dua notis PG1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Perlis pula mengeluarkan 13 saman atas pelbagai kesalahan.

(Foto fail)

OP Bersepadu dilaksana bagi meningkat tahap pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

Seterusnya, mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan di negeri itu.

Media Baharu