PETALING JAYA, 28 Jun- Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas disyaki menjual peranti teknologi penstriman.
Penahanan dilakukan menerusi serbuan ke atas tiga premis dalam sebuah pusat beli-belah di sini, 22 Jun lalu.
Kenyataan Pengarah Penguatkuasa KPDNEP, Azman Adam memaklumkan, tindakan dibuat hasil maklumat pemilik hak cipta, selain risikan awal dilaksana pihaknya beberapa hari sebelum itu.
17 unit peranti teknologi penstrman serta dokumen yang disyaki mengandungi karya hak cipta dirampas.
Ia membabitkan nilai kira-kira RM6,800.
Kes disiasat di bawah seksyen 43AA, Akta Hak Cipta 1987.
(Foto fail)
Sabit kesalahan, denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM200,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mengesan kegiatan seumpamanya diminta segera melaporkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut.