fb fb fb fb fb

Pemandu treler mengaku tidak bersalah, didakwa cuai hingga sebabkan kematian

Tertuduh, Sivanathan Kanasan didakwa memandu kenderaan treler jenis Scania secara cuai pada jam kira-kira 6.25 petang, 9 Mac 2024 lalu, sehingga menyebabkan kematian Chong Wai Keong, 48 tahun

SEREMBAN, 27 Mei- Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki pada tahun lalu.

Tertuduh, Sivanathan Kanasan, 40 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kenderaan treler secara cuai pada jam kira-kira 6.25 petang, 9 Mac 2024 lalu, sehingga menyebabkan kematian Chong Wai Keong, 48 tahun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhmmad Zul Azrin Zainuddin, dan ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 Jun depan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE