SUNGAI PETANI, 1 Oktober - Seorang pemandu lori berusia 22 tahun ditahan kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada pukul 1.30 pagi tadi.
Mahkamah Sungai Petani kemudiannya membenarkan suspek direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
ACP Hanyan berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek melalui sebuah aplikasi media sosial pada 24 September lalu. Kedua-duanya bertemu pada 29 September dan ketika itu suspek dipercayai telah mencabul mangsa.
"Pada malam kejadian sekitar pukul 8.30 malam, suspek dikatakan membawa mangsa ke kawasan belakang sebuah rumah di Sungai Petani sebelum bertindak merogolnya.
"Mangsa kemudian menceritakan kejadian tersebut kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat," katanya.
Kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan lanjut.