fb fb fb fb fb

Pemandu lori didenda RM15,000 miliki diesel tanpa lesen sah

Tertuduh, Mohd Rozi Mohd Zain, 39, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda tersebut.

KUALA TERENGGANU, 8 April – Seorang pemandu lori didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 1,677.1 liter diesel tanpa lesen sah, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Rozi Mohd Zain, 39, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rozi didapati memiliki barang kawalan itu yang disimpan di dalam tangki tambahan plastik di atas sebuah lori di stesen minyak Kampung Santong, Paka, Dungun kira-kira pukul 1.55 pagi pada 6 Julai 2023.

Dalam prosiding sama, tiga lagi individu iaitu Hasdi Mustapa, 33; Hasrul Azly Mustapa, 44; dan Mohamad Saufi Abdull Ghapa, 30, dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan serupa.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah, bersama Pegawai Pendakwa KPDN, Nur Amirah Mokhtar.

GRACE AISYAH KEDAYAN