fb fb fb fb fb

Pemandu bot terbalik direman

Pemandu bot terbabit tragedi bot terbalik di Pulau Perhentian direman tiga hari bermula hari ini.

SETIU, 30 Jun - Pemandu bot terlibat tragedi bot terbalik di Pulau Perhentian yang mengorbankan tiga penumpang direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap pemandu bot berusia 22 tahun itu dikeluarkan Majisteret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Setiu.

Penahanan itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ia berikutan pemandu bot berkenaan yang ditahan semalam didapati positif dadah.

Suspek juga mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Dalam insiden 10.30 malam Sabtu lalu, sebuah bot yang membawa 15 penumpang berusia 3 hingga 40 tahun terbalik dipukul ombak kuat dan cuaca buruk.

Kejadian itu menyebabkan tiga penumpang maut dan seorang kanak-kanak kritikal.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN