fb fb fb fb fb

Pelajar dakwa dibuli senior

Foto hiasan

BESUT, 27 Jun - Seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh, di sini dipercayai menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar senior.

Kejadian didakwa berlaku di asrama sekolah berkenaan pada pukul 11.30 malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di perut, rusuk dan belakang badan.

Menurutnya, mangsa dipercayai dibuli dengan diarah separa mencangkung dan diletakkan selipar di atas kepala selama 40 minit.

Tindakan itu dipercayai dilakukan pelajar tingkatan tiga yang turut menumbuk perut dan menampar muka mangsa.

Beliau berkata, warden turut menghubungi penjaga mangsa untuk membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, setakat ini lima suspek sudah dikenal pasti dan kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK