fb fb fb fb fb

Kes buli: Pelajar terlibat dikenakan tindakan oleh MRSM

Datuk Dr. Asyraf Wajdi menegaskan tiada kompromi terhadap kes buli - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Jun - Kesemua pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Besut, Terengganu yang dipercayai terbabit kejadian buli seorang pelajar tingkatan dua pada Selasa lalu telah dikenakan tindakan tegas.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan, pelajar berkenaan telah diarahkan dibuang.

"Sudah berulang kali saya tegaskan bahawa tiada tempat bagi pembuli di mana-mana MRSM. Apa jua alasan tidak sesekali menghalalkan perbuatan memukul atau apa jua bentuk fizikal yang boleh mencederakan.

"Saya telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk tidak sesekali berkompromi dalam hal ini. Semua pelajar yang terlibat hendaklah dibuang daripada Maktab. Tidak perlu melayani sebarang rayuan.'," tegasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu dalam satu kenyataan berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 malam Selasa lalu, menyebabkan mangsa cedera di perut, rusuk dan belakang badan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK