fb fb fb fb fb

Kes buli MRSM Besut, lima suspek direman tiga hari

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 27 Jun- Lima suspek terbabit kes buli seorang pelajar Tingkatan 2 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut direman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek yang berusia berusia 15 hingga 17 tahun itu tiba di perkarangan Mahkamah Kuala Terengganu, pukul 10.03 pagi tadi.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Ruhainis Mohd Roslan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 14 tahun itu diarahkan separa mencangkung dan diletakkan selipar di atas kepala selama 40 minit.

Mangsa turut ditumbuk di bahagian perut dan ditampar ketika berada di asrama putera maktab berkenaan.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM